You are now in HelydaHelmiyazar`s Territory. Do read and make yourself at home. Semua cerita pasal aku and part of me. Lots of love, Helyda ♥

Tinggalkan LINK anda (:

Monday 18 June 2012

Surah Bacaan Ketika Mengandung

hey, Assalamualaikum. :)
yang ni aku jumpa masa tgh korek korek incek Google tuu. so aku nak share sikit dengan korang. mana tau ada ibu mengandung yang baca post ni. :)
selamat mencuba dan beramal! :D

Surah Al-Fatihah : untuk terang hati dan kuat ingatan.
Surah Maryam : untuk memudahkan bersalin serta mendapat anak yg sabar dan taat.
Surah Luqman : untuk mendapat anak yg cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah Yusuf : untuk mendapat anak yg cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah Al-Hujurat : untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak yg berhati-hati.
Surah Yassin : untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah Al-Taubah : untuk membersihkan jiwa dan terpelihara drpd maksiat.
Surah Al-Nahl : untuk melahirkan anak yg berdisiplin

INSYALLAH ALLAH PELIHARA KITA DAN KELUARGA <3

Thursday 14 June 2012

KASIHAN SEORANG PEREMPUAN :')

kasihan seorang perempuan.

diam-- dia lemah.
lantang-- nampak salah.
mesra-- dia sundal.
pasif-- suami gatal.

kahwin-- "bila beranak?"
tak kahwin-- pasti digelak.
berzuriat-- xcukup sempurna.
tak berisi-- lagi dikata.

berhijab-- tak cukup labuh.
tanpa tutup-- lagilah heboh.
setia-- dimadu sana sini.
curang-- dicanang keji.

terlalu cinta-- dimain2kan.
terlalu berjaga-- dimarah2kan.
sering nangis-- rimas selalu.
mata kering-- dipanggil batu.

orang mendosa-- yang salah perempuan.
bila pahala-- lelaki diagungkan.
buat betul-- pelbagai dipersoal.
buat silap-- sekampung berbual.

aduhai--betapa kasihan
betapa kasihan.


kadang2 bila aku baca status2 chauvinist di fesbuk, aku rasa macam hendak komen dan maki selalu. aku tidaklah seorang anti lelaki, jauh sekali seorang feminis. aku cuma keadilan dalam pertimbangan.

baca status2 'jantan konon2' ini buat aku hendak muntah. beri nasihat itu ini pada wanita tapi dia sendiri melakukan perkara2 yang menjadikan perbuatan wanita yang dikata itu suatu fenomena.

contoh:bersinis tentang perempuan bergambar tidak sopan.
SENDIRI ada gambar dalam kelab malam sama perempuan.
bertegas tentang aurat perempuan dan berkeras tentangnya.
SENDIRI cuma bergaul dengan mereka2 berkain atas peha.
apa cerita?

apa yang aku nampakkan,
zaman ini--untuk menjadi perempuan yang diterima
seorang perempuan perlu bertanya.
"abang hendak saya jadi apa?"


hakikatnya;
kalau tanya pada singa,mestilah laparnya pada daging.
kalau tanya pada serama,mestilah laparnya pada emping.

soalnya wahai perempuan--
"adik hendak jadi apa?"

kalau hendak jadi lauk,
masaklah tubuh sampai semerbak.
kalau hendak jadi ilmu,
lakarlah tubuh bertulisan berselerak.
kita yang pilih kita siapa.


wahai perempuan.


semua jenis perempuan telah pernah aku jadi.
semua jenis perempuan-- 
DEMI diterima lelaki.

apa untungnya?
hati yang mati.
jiwa yang lari.

sudah2lah tu, 


wahai perempuan.
kasihankan diri kita.
sayangkan diri kita.

simpankan--


setiap kasih setiap cinta setiap rasa setiap manja--
pada seseorang bernama SUAMI.

kerana--
selagi KITA tak terima diri ini;
selamanya kita saham yang rugi.


berhenti.
berhenti puaskan satu dunia.
berhenti--
dan buat APA yang kita SENDIRI rasa kita bahagia.

kasihan.
kasihan seorang perempuan.
tapi menguntungkan.

kerana--
dibilang lemah, salah, sundal, gatal.digelak, dimain, dimarah, ditujal.
kalau cuma dia senyum dan redha sabarkan--


berkecai semua--
berjemput ke syurga.


SUMBER : Fynn Jamal

Tuesday 9 August 2011

~✫✿ golongan lelaki yg diheret ke neraka oleh wanita ✿✫~

1. AYAHNYA....
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuan di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuan tidak menutup Aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberikan kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke Neraka Oleh anaknya.

2. SUAMINYA....
Apabila suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan Mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim, solatnya tidak pernah bertangguh, puasanya tidak tinggal, maka dia akan turut diheret oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

3. ABANG-ABANGNYA....
Apabila ayahnya sudah tiada, bertanggungjawap menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya.Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah heretan adiknya di akhirat kelak.

4. ANAK-ANAK LELAKINYA....
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah,mengata dan sebagainya maka anak itu akan sisoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Maka nantikan heretan ibunya ke Neraka.

KEPADA SEMUA KAUM ADAM
(smga mnjadi pemimpin yg baik)

- BETAPA BESARNYA TANGGUNGJAWAB SEORANG LELAKI -